Sekumpulan Kucing Selamatkan Bayi Dibuang Dalam Longkang

Sekumpulan kucing menjadi penyelamat kepada seorang bayi yang telah didapati dibuang dalam sebuah longkang dekat Mumbai, India baru-baru ini.

 

Menurut laporan, bayi perempuan itu sedang menerima rawatan di hospital Rajawadi dan dilaporkan kini semakin pulih.

sekumpulan kucing selamatkan bayi dibuang dalam longkang

Polis berkata, penduduk setempat menemui bayi berkenaan dalam longkang selepas sekumpulan kucing jalanan membuat bising, seolah-olah memberi isyarat kepada penduduk mengenai penemuan bayi itu.

 

Katanya, kumpulan kucing itu mengiau sangat kuat hingga membuatkan penduduk curiga dan akhirnya menemui bayi berkenaan.

 

Polis ketika ini sedang menyiasat bagaimana bayi perempuan itu dibuang di situ, namun tidak membuat sebarang spekulasi mengenai motif pelaku.

 

Namun berdasarkan laporan terdahulu, bayi perempuan dibuang kerana ada ibu dan bapa yang kecewa kerana tidak mendapat anak lelaki ketika bersalin.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN