Siapa sangka di tengah-tengah China sebenarnya wujudnya satu bandar yang diinspirasikan daripada Paris?
Ia dikenali sebagai Tianducheng!
Juga dikenali sebagai Sky City, perumahan estet yang terletak di Hangzhou, China itu telah dibangunkan secara beransur-ansur sejak 2007.
Namun begitu, biarpun China mencuba sehabis mungkin untuk menjadikan tempat tersebut kelihatan seolah-olah bandar penuh romantis yang terletak di Perancis itu, tapi ia tetap juga dilihat sebagai sesuatu yang tidak menjadi.
Manakan tidak, bandar tersebut dikelilingi dengan kawasan pertanian dan jalan raya luas yang kebanyakannya merupakan jalan mati, hinggakan ia digelar bandar hantu!
Lebih mengejutkan, dengan populasi kira-kira 10, 000 orang, bandar tersebut juga memiliki Menara Eiffelnya yang tersendiri dengan ketinggian lebih dari 300 kaki.
Selain itu, ia juga mempunyai air pancut terletak di dataran utama yang hampir menyerupai Champs Elysées di Paris.
Sumber: [1]