Tya Arifin Umum Kehamilan Menerusi ‘Surat Khabar’

Pelakon dan usahawan, Tya Arifin mengumumkan kini sedang hamil anak ketiga. 

Lebih menarik, Tya berkongsi pengumuman tersebut menerusi bacaan surat khabar yang tertera berita tersebut.

Menerusi perkongsian tersebut Tya dilihat memegang surat khabar dengan paparan tajuk berita welcome little one (selamat datang anak kecil) sementelah suaminya pula membaca akhbar tertulis baby is on the way! (bayi dalam perjalanan).

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)

 

Rata-rata komen peminat mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut. 

“Tahniah Tya dan Asyraf. Semoga Allah permudahkan segala urusan untuk kalian dan juga bayi,” kata pengikut.

“Ini adalah pengumuman paling comel. Tahniah pasangan kegemaran saya,” ujar peminat.

Sumber: Kosmo