Strim Soundtrack Filem Komedi Yang Luar Biasa, Baik Punya Ah Long Di SYOK

Baik Punya Ah Long merupakan terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Petra Vision Works dan Golden Screen Cinemas, dan bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 12 September ini. 

Persembahan JOZAN lebih memukau dengan gandingan mantap para pelakon handalan tanah air seperti, pemenang Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22, Dato’ Afdlin Shauki, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22, Liyana Jasmay serta Adlin Aman Ramlie, Mia Sara Shauki, Adibah Noor dan Chew Kinwah. 

Penampilan istimewa oleh Douglas Lim, Sangeeta Krishnasamy, Carmen Soo, Aziz M Osman, Shashic Iewan, Anas Ridzuan, Ileana Matin Shauki, Riezman Khuzaimi, Nizam Jentik-Jentik, Sid Mahmud, Sanjna Suri, Sazali Abd Samad, dan ramai lagi.

Filem ini diarahkan Dato’ Afdlin Shauki dan beliau sinonim dengan karya-karya komedi seperti filem Baik Punya Cilok, Papadom, Buli dan Buli Balik. Seperti Baik Punya Cilok, Baik Punya Ah Long juga memaparkan sifat ‘brotherhood’ yang kuat. 

Lebih istimewa, SYOK juga turut menyediakan soundtrack Baik Punya Ah Long khas buat filem ini. Jangan lupa strim soundtrack Baik Punya Ah Long sekarang di SYOK OST!