“Setahun Ini Kita Jalani Dengan Turun Naik, Terima Kasih Sudah Mencintai Saya Seadanya” - Bunga Citra Lestari

Sempena ulangtahun perkahwinan, penyanyi Bunga Citra Lestari menitipkan ucapan terima kasih buat suami dan akui mendirikan rumah tangga setahun yang lalu bukan satu perkara mudah untuk direalisasikan oleh mereka berdua.

 

“Setahun yang lalu, memberanikan diri untuk utk memulakan perjalanan baharu. Bukanlah keputusan yang mudah, banyak dipertimbangkan.

 

“Sama-sama bukan yang pertama, menyedari bahawa menjalani pernikahan bukanlah hal yang mudah.

 

“Saling memahami kalau ini bukanlah cerita fantasi dan ini akan penuh dengan perjuangan,” katanya dalam Instagram.

 

 

 

 

Dalam pada itu, Bunga juga turut menyatakan dalam tempoh satu tahun ini sudah banyak yang dilalui mereka dan membuatkan mereka mengenali antara satu sama lain.

 

“Setahun ini, kita jalani dengan apa adanya. Dengan suka citanya, turun naik dan dipenuhi cinta.

 

“Setiap hari kita semakin mengenal antara satu sama lain semakin dalam selain memutuskan untuk menjalani bersama walau apa pun badai yang datang,” ujarnya.

 

“Perjalanan ini mungkin baru, tetapi layak untuk dirayakan. Selamat ulang tahun perkahwinan suami. Terima kasih sudah bersama untuk saya, memberi kebahagiaan.

 

“Terima kasih sudah mencintai aku seadanya. Saya cintakan awak, terima kasih menjadi diri awak seadanya,” katanya lagi.

 

Sumber: Kosmo