Pelakon Pekin Ibrahim tampil mempertahankan rakan baiknya Fattah Amin atas dakwaan curang yang dilemparkan Fazura.
Menurut Pekin, sepanjang di set penggambaran Fattah tidak pernah sesekali menyebut mengenai wanita lain apatah lagi sedang menjalin hubungan gelap.
“Kami menjalani penggambaran dalam tempoh yang lama. Tidak sekali pun saya nampak Fattah gatal atau bercerita hal wanita.
“Sampai waktu solat, dia hanya minta rehat untuk tunaikan kewajipan. Sebagai kawan aku rasa tuduhan itu berat buat beliau,” tulisnya dalam Facebook.
Malah, pekin juga mendedahkan semasa mereka mengikuti pengajian jarak jauh (PJJ) di Universiti Utara Malaysia (UUM), Fattah sering meluahkan rasa rindu kepada isteri dan anaknya.
“Sepanjang luangkan masa bersama, tidak sekali pun dia menunjukkan masalah pada wajahnya.
“Dia tidak sekalipun bercerita hal peribadi, hanya rindu anak dan isteri sahaja terkeluar dari mulut beliau. Jauh sekali tuduhan dia ada wanita lain,” katanya.
Sumber: Kosmo