“Assalamualaikum Puteriku, Rhea Akira” - Shila Amzah Selamat Bersalin

Penyanyi terkenal Shila Amzah telah selamat melahirkan seorang puteri semalam. Berita ini telah dikongsi oleh suaminya yang juga pempengaruh media sosial, Ubai. 

Menurut Ubai, Shila kini berada dalam keadaan selamat serta berkongsi nama cahaya mata mereka iaitu Rhea Akira.

“Alhamdulillah, isteri saya sudah selamat bersalin. Gugur air mata dan sebak melihat isteri bertarung nyawa demi cahaya mata tercinta.

“Pengalaman pertama kali melaungkan azan pada cahaya mata kami, sungguh luar biasa. Perasaan yang tak dapat saya ungkapkan. Terima kasih ya Allah SWT atas rezeki yang kau berikan pada kami sekeluarga,” katanya dalam Instagram hari ini.

 

 

Ubai turut berkata arwah ibunya yang meninggal dunia akibat kanser ovari pada Julai tahun lalu pastinya akan gembira dengan kelahiran cucu sulungnya itu.

“Cucu pertama arwah mak dah selamat dilahirkan. Mesti arwah mak gembira. Takdir dan perancangan Allah itu sangat hebat.

“Akan kami jaga sehabis baik amanah dan rezeki yang kau berikan ini. Assalamualaikum puteriku, Rhea Akira,” katanya.

Sumber: Kosmo