Lebih sedekad dihantui pengalaman pahit, penyanyi Shila Amzah tekad untuk berdepan traumanya di Pulau Pinang selepas memilih destinasi itu sebagai lokasi percutian bersama suami, Ubai dan keluarga.
“Saya berdepan dengan rasa takut itu ditemani suami tercinta. Ramai yang tidak tahu Pulau Pinang membuatkan saya rasa trauma.
“Ada beberapa insiden yang berlaku di Pulau Pinang yang menghantui dan tidak boleh saya lupakan. Sudah lebih 10 tahun saya cuba untuk atasi.
“Baru-baru ini kami bercuti bersama keluarga dan saya cadangkan Pulau Pinang. Saya mahu mencipta memori baru bersama keluarga,” katanya dalam Instagram.
Namun, Shila tidak menjelaskan secara terperinci mengenai trauma yang dihadapinya selama ini.
Sumber: Kosmo