Penyanyi Nabila Razali berkongsi berita gembira selepas menerima kedatangan bayi lelakinya yang lebih cepat daripada tarikh jangkaan di sebuah pusat perubatan swasta semalam.
Menurut wakil pengurusan Nabila, penyanyi tersebut telah selamat melahirkan bayinya seberat 3.1 kilogram (kg) secara pembedahan.
“Alhamdulillah, ini adalah hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya.
“Setiap detik yang saya lalui untuk mencapai momen ini penuh dengan cabaran dan harapan. Akhirnya, Allah SWT kurniakan amanah ini buat saya dan suami.
“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang sudah mendoakan kesejahteraan dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi selama ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Sumber: Kosmo