Isteri Merungut Suami Selalu Bagi Banyak Makanan, Barang Mewah Padanya

Menjadi impian ramai antara kita untuk hidup dalam serba kemewahan tanpa perlu memikirkan lagi soal kewangan.

 

Namun seorang wanita yang juga isteri kepada jutawan merungut kerana beliau sering diberikan terlalu banyak makanan, duduk dalam kelas pertama penerbangan dan juga disajikan dengan banyak barangan mewah.

isteri merungut suami selalu bagi banyak makanan, barang mewah padanya

Linda Andrade, 23, berkahwin dengan seorang ahli perniagaan Forex dan mata wang kripto berpangkalan di Dubai. Beliau mendirikan rumah tangga sejak berusia 19 tahun lagi.

 

Menerusi video yang dikongsikan Linda, beliau mendedahkan beberapa perkara buruk tentang gaya hidup mewahnya seperti dia tidak pernah memandu, hanya menaiki pesawat dan perbelanjaan bulannya juga tidak pernah dikekang.

isteri merungut suami selalu bagi banyak makanan, barang mewah padanya

Malah, setiap kali dia dan suaminya bergaduh, suaminya itu akan membelikan untuknya emas 24 karat sebagai hadiah.

 

Disebabkan itu, beliau menganggap ia sebagai perkara buruk, hingga menimbulkan rasa iri hati dalam kalangan netizen.

 

@lionlindaa Im posting the *good things* next 🖤✨ #millionaire #wife #dubai #rich ♬ Habibi (Albanian Remix) - Ricky Rich & Dardan

 

Sumber: Tiktok Linda Andrade