‘Jual Produk Tapi Guna Nama Saya, Mergarut!’ - Individu Sebar Berita Palsu Sheila Majid Sakit arthritis

Penyanyi Datuk Sheila Majid menyelar tindakan beberapa pihak tidak bertanggungjawab yang menyatakan dia pernah menderita arthritis atau radang sendi sehingga berkerusi roda semata untuk menjual produk mereka. 

Menurutnya, penyebaran berita palsu serta menggunakan namanya itu sebagai tindakan yang mengarut. 

“Memang mengarut, berita ini tidak benar. Lima tahun lalu, saya sibuk dengan kerja dan melancong sebelum fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Kalau benar saya menderita penyakit ini, tentu media tempatan sudah menyiarkan berita ini lima tahun lalu. Kenapa baru sekarang,” tulisnya. 

“Kenapa perlu menipu semata-mata mahu melariskan produk? Adakah anda tidak mempunyai keyakinan hingga terpaksa mengaitkan nama saya demi menjual produk?

“Produk anda palsu, sama dengan artikel ditulis,” tambahnya. 

Dalam pada itu, Sheila juga kini tidak akan berdiam diri dan akan mengambil tindakan kepada orang yang tidak bertanggungjawab ini. 

Sumber: Kosmo