Tidak dapat menahan kesedihan, pelakon Izzue Islam tidak dapat membayangkan kehidupan isterinya, Awin Nurin sekiranya dirinya dijemput ilahi terlebih dahulu.
Menurutnya, isterinya itu adalah seseorang yang sangat istimewa sehinggakan tiada siapa boleh melayani isterinya selain dirinya.
“Seandainya aku pergi dulu, tak tahulah sebab benda ini Allah yang susunkan. Aku nak ada orang boleh layan dia macam mana aku layan dia.
“Aku tak tahu sebab Awin ini dia sangat istimewa, manja dan ada banyak benda yang orang lain tak boleh buat, aku sahaja boleh buat.
“Jadi kalau aku tak ada, siapa yang nak buat?,"Katanya.
“Setiap masa dan saat memang aku nak dia ada dengan aku.
“Kalau tanya berapa banyak sayang aku dekat dia, aku tak boleh nak cakap sebab tak tahu (banyak mana).
“Tuhan sahaja yang tahu berapa banyak sayangnya aku kepadanya,” ujarnya lagi.
Sumber: Kosmo