Ibu Terkejut Lihat Ada Lembaga Tolak Anak Di Gelongsor

Seorang ibu terkejut selepas menonton semula video rakaman anaknya sedang bermain permainan gelongsor kerana menyedari wujud satu entiti tidak dikenali di belakang anaknya itu.

ibu terkejut lihat ada lembaga tolak anak di gelongsor

Hernandez Blankhaa pada mulanya tidak sedar kehadiran makhluk berkenaan yang dipercayai hantu, namun terkejut selepas menonton semula klip video yang dirakam ketika disebuah taman permainan.

ibu terkejut lihat ada lembaga tolak anak di gelongsor

“Kejadian ini berlaku kepada anak perempuan saya empat hari lepas. Saya memberitahu beberapa orang bahawa saya amat terkejut dan bertanya kepada mereka mengenai kelibat wajah yang muncul itu.

“Saya tidak tahu mengapa ia berlaku. Setiap kali saya menonton video itu, ia membuatkan saya berasa seram.

“Saya sekadar ingin berkongsi mengenai cerita paranormal ini dengan anda semua. Seseorang sila beritahu saya satu hipotesis mengenai kejadian ini kerana saya masih dalam keadaan terkejut,” tulis wanita itu dalam satu hantaran di Facebook.

 

Rata-rata pengguna media sosial lain turut menyatakan rasa seram apabila menonton video tersebut.

 

“Memang dapat dilihat dengan jelas wajah hantu di situ,” kata seorang pengguna.

Sumber: The Sun