Pelakon Nabila Huda tidak dapat menahan sebak selepas kehilangan kucing kesayangannya akibat sakit buah pinggang tahap empat, semalam.
“Aoki dah tiada.”
Menurut Nabila, dia bahkan tidak mampu untuk bercakap sebaik dimaklumkan haiwan kesayangan yang dipelihara sejak 15 tahun lalu itu disahkan ‘pergi’.
“Maaf tak boleh nak cakap lagi. I love you sayang (Aoki),” katanya.
Sebelum ini, Aoki kucing kesayangannya itu dalam keadaan lemah akibat penyakitnya sudah genap seminggu dibawa pulang dari klinik dan dirawat Nabila bersama suaminya, Bert atau Mohd. Izwan Johar.
Namun semalam, tahap kesihatan kucing oren itu turun mendadak selain mulutnya mengeluarkan darah membuatkan mereka mengantarnya ke klinik.
Sumber: Kosmo