17 tahun dalam industri muzik, penyanyi terkenal Indonesia Afgan bakal menjayakan konsert solo terbesar dalam perjalanan keriernya sebagai penyanyi yang dijadualkan akan berlangsung di Malaysia pada 28 Disember ini.
Konsert tersebut dikhabarkan bakal berlangsung di Setia Spice Arena, Pulau Pinang, konsert 'Afgan Live in Penang' yang akan membabitkan kapasiti penonton kira-kira 7,000 hingga 8,000 orang ini, sudah pasti satu hadiah amat bermakna buat peminatnya.
"Konsert terbesar saya setakat ini sekitar 5,500 penonton sahaja dan itu pun di Indonesia. Jadi, konsert yang akan berlangsung di Setia Spice Arena, pukul 8 malam itu akan menjadi konsert solo terbesar sepanjang karier nyanyian saya.
"Saya sentiasa teruja untuk mengadakan konsert di Malaysia kerana tahu peminat yang hadir tidak akan pernah mengecewakan walaupun diadakan di Pulau Pinang," katanya.
Sumber: Awani