‘Saya Tak Nak Komen, Tapi Semoga Urusan Mereka Dipermudahkan’ - Puteri Sarah

Kecoh berita fail penceraian pengarah Syamsul Yusof, bekas isterinya Puteri Sarah Liyana berkata dia tidak berada di posisi untuk berkata lebih tentang perkara yang bukan melibatkan dirinya.

“Semoga dipermudahkan urusan mereka,” katanya. 

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut mendoakan agar urusan mereka sentiasa dipermudahkan. 

“Saya baru balik Singapura berniaga di sana. Beginilah, kalau boleh saya tak nak beri komen apa-apa sebab apa yang berlaku bukan melibatkan saya pun dan bukan urusan saya.

“Saya tak mahu cakap lebih-lebih, nanti orang cakap apa pula dan saya pun dah ada kehidupan sendiri. Dah bahagia dengan cara sendiri.

“Apa yang saya boleh cakap, semoga urusan mereka dipermudahkan. Itu sahaja,” tambahnya. 

Sumber: Kosmo