Rumah milik Farid Kamil di Bandar Saujana Putra (BSP) dikatakan bakal dilelong, difahamkan rumah yang dibeli harga RM300,000 pada tahun 2011 itu disewakan kepada kenalan yang tidak membayar wang sewaan terus ke bank sejak tahun lalu.
“Sebenarnya saya pun baru tahu mengenai isu lelongan itu tadi selepas dihubungi beberapa wartawan yang meminta kesahihan.
“Sejak disewakan lima tahun lalu, bayaran bulanan terus dimasukkan penyewa ke bank, sebelum ini tiada masalah tetapi individu terbabit tidak berbuat demikian bermula pertengahan tahun lalu.
“Saya sendiri sudah menghubungi penyewa tersebut dan dia mengakui kesilapannya menangguhkan bayaran disebabkan masalah kewangan,” katanya
Sumber: Kosmo