Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan ketika di konsert Afgan Live In Penang sempat bergurau ingin mencari jodoh di Pulau Pinang yang membuatkan peminat-peminat wanitanya bersorak gembira.
“Ada yang mahu jadi jodoh saya di sini? Mahu pindah ke Jakarta? Nak jadi jodoh saya mudah sahaja.
“Syaratnya kena pandai masak masakan padang. Nasi padang, rendang, sambal berlado dan sambal hijau.
“Kalau pandai masak semua ini, boleh jadi isteri saya,” katanya.
Afgan turut memeriahkan keadaan apabila dia tiba-tiba turun dari pentas menyapa para peminatnya.
Sumber: Kosmo