“Masih Dalam Proses Hijrah, Taknak Nampak Alim Takut Satu Kesalahan Dikata Munafik” - Nora Danish

Pelakon Nora Danish akui terharu kerap menerima pujian selepas bertudung namun dia tidak mahu dianggap terlalu alim sehingga boleh membuka ruang kepada orang lain menghakimi setiap tindakannya.

 

“Dalam proses penghijrahan, saya tak nak sangat orang nampak saya ini suci, alim.

 

“Itu yang paling saya takut sebab nanti apabila saya melakukan satu kesalahan orang akan menilai kita munafik dan sebagainya,” katanya. 

 

Menurutnya lagi, dia kini masih lagi berusaha untuk ke arah menjadi muslim yang lebih baik. 

 

“Saya pun memang dalam proses untuk menjadi yang lebih baik. Tidaklah sempurna tetapi lebih baik, itu sahaja yang saya nak sangat,” ujarnya.

 

Sumber: Kosmo