“Belajar Muay Thai Untuk Pertahanan Diri, Saya Tak Pernah Pukul Suami” - Zahnita Wilson

Pelakon Zahnita Wilson menafikan tuduhan suaminya yang mendakwa dirinya adalah mangsa keganasan rumah tangga sepanjang 20 tahun perkahwinan mereka. 

 

“Saya menafikan segala tuduhan tersebut, saya tak pernah pukul dia (suami).

 

“Ya, saya memang belajar muay thai secara profesional sejak 2016, tetapi hanya untuk tujuan mempertahankan diri.

 

“Saya akan menghadiri sesi latihan muay thai tidak lama lagi. Ada yang mahu turut serta atau sesi ‘one-on-one’?” katanya. 

 

Sebelum ini, suaminya Abdul Zackery mendakwa dirinya sering menjadi mangsa perlakuan ganas Zahnita selain turut menafikan tuduhan bahawa dia pernah memukul isterinya.

 

Sumber: Kosmo