‘Saya Berdoa Agar Semua Kemelut Segera Berakhir Ketika Di Mekah’ - Ruhainies

Pelakon Ruhainies yang namanya kini sedang hangat diperkatakan akui tidak menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya mengambil iktibar atas semua yang terjadi.

“Saya ambil benda ini sebagai ujian dan hikmah. Saya juga tak boleh salahkan netizen dan minta maaf kepada semua yang terlibat.

“Kalau saya ada di tempat mereka (netizen), mungkin juga saya akan lebih marah daripada mereka ketika ini.

“Saya tak mahu tegakkan benang yang basah walaupun ada story (cerita) di sebaliknya dan ingin meletakkan noktah untuk semuanya,” katanya.

Menurut Ruhainies, dia juga ada menadahlan tangan berdoa di Tanah Suci agar semua masalah ini segera berakhir dan dia berulang kali berkata mahu berdamai dengan pelakon Bella Astillah. 

“Saya cuma minta pihak sana memaafkan. Ketika di Mekah, saya banyak berdoa agar semuanya elok semula. Dengar seperti mustahil tetapi itulah harapan saya.

“Kita berdamailah dengan semua orang,” tambahnya. 

Sumber Kosmo