‘Asyik Pasal Curang & Penyondol, Penat Lah’ - Uyaina Arshad

Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad akui sudah bosan dengan berita isu curang dan penyondol yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, rasa muak itu timbul setiap kali melayari media sosial yang akan timbul secara tidak langsung dan menunjukkan berita-berita berkaitan kontroversi rumah tangga artis.  

“Saya sudah bosan dengan berita yang sama.

“Asyik-asyik cerita mengenai isu penyondol. Asyik-asyik berita pasal curang dan rumah tangga orang. Bila hendak habis ini? Berapa ratus episod?” katanya dalam TikTok.

Uyaina berkata lebih baik lihat kandungan berkaitan agama berbanding cerita kontroversi selebriti tempatan.

“Pelik, buka Instagram, TikTok dan aplikasi X cerita yang sama.

“Tahun bila nak habis ini? Penatlah, baik buka kandungan mengaji al-Quran. Lebih bagus kan?”katanya lagi.

Sumber: Kosmo