Ayda Jebat berjaya membuktikan kecederaan akibat terjatuh sewaktu beraksi sama sekali tidak mengganggu dirinya malah berjaya meraih markah tertinggi pada konsert pertama program pertandingan hiburan terbaharu, The Hardest Singing Show.
Akibat insiden tersebut, Ayda tercedera di kaki kanannya.
“Sebenarnya semasa praktis, sepatutnya saya kena buat ‘hand stand’, penari perlu terbalikkan saya dan saya mendarat dengan kedua-dua belah kaki.
“Namun, ketika ingin mendarat saya terjatuh. Mungkin penonton di televisyen tidak perasan atau fikir gaya tersebut adalah sebahagian daripada persembahan.
“Beberapa hari sebelum ini, kaki kiri saya cedera kerana saya terpaksa bergantung di ATV dan kini kaki kanan pula sakit sebab terjatuh tadi.
“Minggu hadapan perlu melompat pula menggunakan kaki juga, semoga semuanya okey,” katanya.
Sumber: Kosmo