‘Sibuk Nak Tau Pasal Curang Orang Lain, Laki Bini Sendiri Terabai’ - Diana Danielle

Pelakon Diana Danielle menegur sikap sesetengah pihak yang suka menjaga tepi kain orang. 

“Tak faham yang suka tegur-tegur orang di media sosial, jangan begini, jangan begitu. Aurat itu aurat ini. Mata pun kena jaga juga, kalau betul nak jaga, jaga diri dahulu daripada terjebak dengan media sosial.

“Lubuk segala fitnah, tipu daya semualah. Sah sah melalaikan, sah sah banyak benda yang tak patut tengok akan tertengok. Kalau lelaki nampak aurat perempuan dan sebaliknya. Yang itu tak pula nak jaga,” katanya dalam perkongsian Instagram Story.

Menurutnya lagi, jika seseorang itu tidak menyukai seseorang individu lain mereka boleh mengawal sendiri kandungan laman sosial yang ingin diikuti andai tidak menyenangi. 

“Semua akaun media sosial ada, TikTok, Instagram, Facebook, X dan YouTube. Beritahu sahaja.

“Kalau periksa masa yang dihabiskan dengan telefon sekurang-kurangnya berjam-jam sehari melayari konten yang tidak berfaedah,” katanya.

Tambah Diana, daripada membazirkan masa menyibuk hal orang lain lebih baik mereka memberikan perhatian terhadap keluarga masing-masing.

“Sibuk nak tahu siapa curang siapa apa, laki bini sendiri terabai. Sibuk nak tolong siram rumput jiran sebelah, rumah sendiri bersarang.

“Berhenti. Jangan sibuk jaga tepi kain orang lain,” tambahnya.

Sumber: Kosmo