Puteri Sarah Sebak Beraya Bersama Mentua [Video]

Walaupun sudah setahun berpisah namun ikatan kekeluargaan antara pelakon Puteri Sarah Liyana dengan keluar mentuanya masih kekal utuh. 

Hal ini dapat dilihat menerusi sebuah video yang dikongsi Puteri Sarah ketika berkunjung ke rumah Datuk Yusof Haslam dan isterinya, Datin Patimah Ismail pada hari raya kedua.

Ramai juga yang terharu melihat momen ketika Puteri Sarah dan kedua-dua anaknya bersalaman dan memeluk Patimah yang juga pada ketika itu sedang menitiskan air mata. 

 

 

“Sayang mama dan papa dunia akhirat.

“Terima kasih selama ni menjaga Sarah dan anak-anak serta sayang saya seperti anak sendiri,” tulisnya dalam Instagram.

Manakala menurut perkongsian Patimah, hubungannya dengan Puteri Sarah tidak akan terputus buat selama-lamanya. 

“Menantu dan besan sehingga akhir hayat kami.

“Anak tetap sayang, sokongan kami sepenuhnya untuk Puteri Sarah dan anak-anak.

“Sarah dan cucu-cucu sentiasa dalam doa mama, semoga dilindungi Allah SWT walau dimana berada,” katanya.

Sumber: Kosmo