Botak Kepala Bukan Kerana Isu Mahkamah, Ini Alasan Sebenar Lee Seung-gi

Tampil dengan penampilan baharu, ramai peminat terkejut melihat pelakon terkenal Lee Seung - gi datang ke acara KBS Drama Awards 2022 dengan berkepala botak. 

Katanya, imej barunya itu ada kaitan dengan kes mahkamah yang membabitkan bekas agensinya, Hook Entertainment yang tidak membayar hasil pendapatan penjualan albumnya selama 18 tahun.

botak kepala bukan kerana isu mahkamah, ini alasan sebenar lee seung-gi

Namun, ketika dia menerima anugerah Lee Seungi-gi membuka mulut dan menjelaskan kenapa dia memutuskan untuk membotakkan kepala memandang sudah banyak isu yang timbul kerana hal itu. 

Jelasnya, dia membotakkan kepada adalah untuk menjayakan watak baharunya dalam sebuah filem yang akan datang. 

“Sebelum beri ucapan terima kasih, saya nak jelaskan mengapa saya botakkan kepala. Ramai buat spekulasi saya botak kerana masalah peribadi.

“Tetapi sebenarnya sekarang saya sedang menjalani penggambaran filem. Saya jadi seorang sami.

“Orang ramai lihat saya dengan pandangan kasihan, saya fikir tidak perlulah begitu,” ucapnya meminta orang ramai tidak salah faham dengan imej tersebut.

Sumber: Kosmo