Ramai peminat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menitiskan air mata ketika melihat persembahannya di Indonesia.
Menerusi sebuah video yang viral itu, peminat tersebut tidak dapat menahan sebak kerana sudah dipercayai sudah lama ingin menonton persembahan Datuk Seri Siti Nurhaliza itu secara live.

Menurutnya, persembahan penyanyi itu dianggap seperti hadiah terindah selain berasa teruja mendengar suaranya.
“Saya sangat meminati Siti Nurhaliza. Tidak sangka ini impian saya selama ini menjadi kenyataan.
“Hebat betul persembahannya dan saya tidak sangka berpeluang untuk melihatnya sendiri di depan mata,” kata peminat tersebut.
Sumber: Kosmo