PakCik Teruja Nampak Wartawan Tengah Live, Tak Sangka Gelagatnya Termasuk Sekali Dalam Berita

Viral di Tiktok baru-baru ini, kelihatan seorang pakcik yang teruja melihat wartawan sedang menjalankan penggambaran secara live di hadapan kamera. 

Video yang dikongsi oleh @adzimmohdrafi, menunjukkan gelagat seorang pakcik mengambil gambar wartawan yang ketika itu sedang bersiaran langsung tanpa menyedari aksinya itu telah dirakam sekali di dalam kamera. 

 

@adzimmohdrafi #astroawani #pru15 #harapan #perikatannasional #umno #media #fyp #malaysia #domokrasi ♬ Bangkit Pertahan - Soutul Amal

Ramai netizen yang terhibur melihat gelagat pakcik tersebut. Yang lebih menarik, anak saudara kepada pakcik ini ada berkongsi gambar yang telah diambil pakcik tersebut di akaun Tiktoknya juga. 

 

@naddymohd Replying to @naddymohd ♬ Laughing Hard - Tik Tok

Sumber: Tiktok @adzimmohdrafi , @naddymohd