Marsha Milan Syukur Jadi Penerima Pingat Ahli Darjah Kinabalu Istana Sabah

Penyanyi kelahiran Sabah, Marsha Milan berkongsi berita namanya tersenarai antara penerima Anugerah Darjah Kinabalu (ADK) sempena ulang tahun Yang DiPertua Negeri Sabah (TYT) Tun Juhar Mahiruddin yang ke-71.

Menurutnya, dia sangat bersyukur selepas dimaklumkan sebagai antara penerima pingat tersebut menerusi Instagram rasmi syarikat rakamannya, Alternate Records & Talents.

“Alhamdulillah saya syukur apabila dimaklumkan untuk menjadi penerima anugerah ADK.

“Namun, sejujurnya saya tidak berani hendak memberikan sebarang kenyataan kerana masih belum menerima anugerah tersebut secara rasmi,” katanya. 

Dalam pada itu, Marsha merasakan  anugerah tersebut menjadi pembakar semangat buat dirinya terus memperjuangkan budaya dan muzik dari negeri Sabah.

 

Sumber: Kosmo