Sengaja Merosakkan Kolam Deepavali, Lelaki Ini Direman Tiga Hari

Viral semalam apabila tindakan seorang lelaki yang dipercayai pekerja di sebuah hospital di Klang, merosakkan hiasan kolam rangoli sempena sambutan Deepavali baru-baru ini. 

sengaja merosakkan kolam deepavali, lelaki ini direman tiga hari

Perbuatan lelaki ini dirakam oleh seorang lagi rakannya dianggap kurang ajar oleh netizen kerana mereka merakam dalam keadaan ketawa seolah olah ini adalah satu perkara yang lucu dan tidak menghormati adat bangsa lain. 

Menurut laporan baru, dua kakitangan hospital itu telah direman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung perbuatan mereka merosakkan Kolam Deepavali tersebut. 

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, kedua-dua suspek berusia 20 dan 30an itu terdahulu ditangkap kira-kira pukul 11 malam tadi selepas hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ini.

“Mereka kini direman tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan,” tambahnya lagi. 

 

 

Sumber: Kosmo, Twitter