
Korang ingat tak Lebuhraya WCE? September lepas dah buka laluan dari Kampung Lekir ke Beruas di Perak. Kini laluan dari Kapar ke Bukit Raja, Selangor pula sudah dibuka!
Secara tepatnya ia merupakan Jajaran Seksyen 5, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dari Persimpangan Bertingkat Lebuh Raya Pintasan Selat Klang Utara Baru (NNKSB) ke Persimpangan Bertingkat Bandar Bukit Raja.
Datuk Hamzah Hasan, Pengerusi WCE Holdings Berhad berkata pembukaan itu membabitkan perjalanan lebih kurang 5KM.
Katanya, pembukaan laluan di seksyen itu juga adalah yang ketiga selepas laluan Hutan Melintang ke Teluk Intan dan Kampung Lekir ke Beruas.
Berikut merupakan futej rakaman dari Wartawan kami Shah Rahimin yang telah melalui laluan lebuhraya itu pagi tadi.
Oleh: Abdul Rahman bin Khairuddin