“Alhamdulillah Saya Okay” - Datuk Khadijah Ibrahim Terbabit Dalam Kemalangan

Terbabit dalam kemalangan ringan, penyanyi Datuk Khadijah Ibrahim akui hanya mengalami kecederaan ringan dan tetap akan meneruskan kerja mengikut perancangan. 

Menurutnya, dia sudah selamat tiba di Kota Kinabalu, Sabah dari Beaufort malam tadi.

“Alhamdulillah, saya okey. Cuma kena luka kecil sahaja dan masih boleh bekerja.

Sebelum ini, Khadijah telah terbabit dalam kemalangan  jalan raya ketika dalam perjalanan dari Brunei Darussalam ke Kota Kinabalu di Beaufort, Sabah, petang semalam.

Pada kejadian pukul 5.28 petang itu, kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dinaiki Khadijah dilaporkan bertembung dengan Toyota Avanza, dekat Taman Kinamas, Jalan Beaufort-Kota Kinabalu.

 

Sumber: Kosmo