Pekin Ibrahim Reda Kereta Limited Edition Miliknya ‘Total Lost’ Dipandu Rakan

Pelakon, Pekin Ibrahim reda apabila kereta miliknya hancur selepas terbabit dalam kemalangan di Putra Height, baru-baru ini.

pekin ibrahim reda kereta gr yaris kansai d1 edition miliknya ‘total lost’ dipandu rakan

Kereta jenis GR Yaris Kansai D1 Edition milik pelakon itu telah dipandu oleh seorang rakannya bernama Amirul.

 

Menerusi video di Tiktok, Pekin menjelaskan ketika kejadian ada tiga orang yang berada dalam kereta miliknya itu.

pekin ibrahim reda kereta gr yaris kansai d1 edition miliknya ‘total lost’ dipandu rakan

"Tiga orang berada dalam kereta itu ketika kejadian, abang Arif yang duduk di sebelah pemandu dan Faiz duduk di belakang, manakala Amirul yang memandu.

"Alhamdulillah semua selamat walaupun alami kecederaan termasuk patah bahu. Doakan mereka semua cepat sembuh," ujarnya.

 

Meskipun berasa sedih dengan apa yang berlaku, Pekin meminta orang ramai agar berhenti membuat andaian dan spekulasi sendiri, termasuklah mendakwa rakan-rakanya itu meninggal dunia dan berlumba.

 

 

"Berhenti sebarkan perkara yang bukan-bukan. Benda berlaku sekelip mata, semua qada dan qadar.

"Insurans akan cover, Insya-ALLAH. Kami akan bincang selepas semuanya sihat. Harap doakan yang baik-baik," katanya lagi.

 

Dalam pada itu, Pekin turut menitipkan pesanan kepada semua agar berhati-hati di jalan raya, termasuklah ketika sedang membawa kereta rakan sendiri.

 

@pekinibrahim74 DOA YANG BAIK BAIK SEMUA . ❤️#bigjoecarwashanddetailing #Gryariskansai #Tinggalkenangan ♬ See You in Heaven - Calming Tune

 

Kereta itu dikatakan mendapat sentuhan istimewa pemilik Kansai Service di Jepun, dan baru sahaja tiba di Malaysia seminggu yang lalu.

 

Sumber: Tiktok / Twitter