Kelantan FC Mengharamkan Permainan Lato-Lato Untuk Masuk Ke Dalam Stadium

Kelantan FC baru-baru ini mengatakan yang mereka mengharamkan permainan lato-lato masuk ke stadium.

Perkara ini dimaklumkan oleh Norizam Tukiman, pemilik kelab berkenaan di akaun Facebook miliknya. 

“Lato-lato diharamkan masuk ke stadium untuk perlawanan petang ini,” katanya.

Pengharaman lato-lato itu telah mendapat persetujuan ramai orang, malah ada yang mengatakan bunyi permainan itu akan mengganggu tumpuan penonton.

“Satu Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak patut haramkan main lato-lato ni sebab bunyinya ‘annoying’ (menjengkelkan) gila. ‘Menyirap’ dengar,” kata Rasul Rahim.

“Harap semua stadium boleh haramkan lato-lato. Betul-betul pencemaran bunyi,” kata Muhan Anddrya Taip.

 

Sumber: Kosmo