Kejadian di negara jiran, Indonesia. Satu kejadian yang pasti takkan dilupakan oleh dua orang pelanggan ini apabila salah seorang daripada mereka terjumpa ibu jari manusia di dalam sayur lodeh yang baru dibeli mereka daripada sebuah warung.
Katanya, ketika mereka ingin mengambil sayur untuk dimakan, tiba-tiba pelanggan itu terkejut melihat jari manusia yang lengkap dengan kuku tercampur di dalam sayur tersebut.
Penemuan ini kemudian telah dilaporkan kepada Balai Polis Tasifeto Timur untuk siasatan yang lebih lanjut.
Menurut laporan daripada CNN Indonesia, Ketua Polis Belu, AKBP Yosep Krisbianto berkata, hasil ujian daripada doktor telah mengesahkan yang jari itu tadi memang sah jari manusia.
“Kami sudah periksa beberapa saksi termasuk pemilik warung yang menjual sayur lodeh tersebut,” kata pihak polis.
Pihak polis juga memeriksa setiap pekerja di warung terbabit dan mendapati mereka semua bersih daripada sebarang luka di jari.
Dalam pada itu, pihak polis tetap akan meneruskan usaha mereka untuk mengenal pasti dari mana datangnya jari tersebut.
Sumber: CNN Indonesia