Kafe Monét Berjaya Keluarkan 400 Tub Tiramisu Dalam Sehari Dengan Hanya 4 Orang Pekerja

Viral di media sosial dengan kek tiramisu mereka, pengasas dan pemilik kafe Monét Afiq Ashman berkongsi mereka memulakan dengan hanya 12 tub seminggu hingga berjaya mengeluarkan 400 tub dalam masa sehari atas permintaan ramai. 

 

“Tiramisu ni kami dah mula buat sejak 6 bulan lalu, kami belajar dari Youtube dan ubah usai mengikut cita rasa ramai. 

 

“Mulanya kami buat dalam tub besi yang besar, kemudian saya jumpa tub yang lebih mudah untuk pelanggan beli dan boleh bawa balik ke rumah”, katanya. 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYOK (@syok.bm)

 

 

Memulakan penjualan tiramisu ini semalam 9 ke 12 minggu, kemudian menu ini mendapat sambutan hangat daripada pelanggan.

 

“Selepas dapat banyak demand, kami cuba untuk gandakan kepada 32 tub sehari kemudian naik lagi kepada 64 dan kini 400 tub sehari”, tambahnya. 

 

Lebih menarik, Afiq akui kafe mereka berjaya mengeluarkan jumlah tiramisu yang banyak hanya dengan 4 orang tenaga kerja. 

 

Dengarkan episod penuh Podcast Confession Bilik Gelap hanya di SYOK