“Siapa Menang, Ular Ke Anggota?” JPAM Bergelut Tarik Ular Sawa Besar Dari Enjin Kereta

Viral di Tiktok baru-baru ini, video memaparkan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berusaha untuk mengeluarkan seekor ular sawa bersaiz besar yang duduk di dalam enjin sebuah kereta Toyota. 

“siapa menang, ular ke anggota?” jpam bergelut tarik ular sawa dari enjin kereta

Video yang dikongsi oleh @ceq86 itu telah mendapat perhatian ramai netizen kerana mereka terhibur melihat gelagat anggota JPAM yang bersusah payah untuk mengeluarkan tanpa mencederakan ular tersebut. 

Ada juga yang meninggalkan komen seperti “JPAM tarik ular sawa maacam tarik tali” kerana saiz ular tersebut yang besar dan sangat panjang. Perkongsian tersebut berjaya meraih 760.5k tontonan dan mungkin akan meningkat lagi. 

 

@ceq86

Tarik tali❌ tarik ular✅

♬ original sound - ceq86

Sumber: Tiktok @ceq86