Johor Jewels Juara Liga Super Bola Jaring Sooka!

Liga Super Bola Jaring Sooka melabuhkan tirainya malam tadi.

.

Johor Jewels muncul juara selepas kalahkan KL Wildcats yang turun untuk mempertahankan kejuaraan mereka musim lalu.

johor jewels juara liga super bola jaring sooka!

Musim lepas, KL Wildcats muncul juara dengan mengalahkan Johor la. Haa, kiranya Johor dapat membalas dendam musim ni!

.

Suku pertama perlawanan menyaksikan Johor Jewels tak lepaskan peluang untuk menguasai perlawanan.

.

Tapi masuk suku kedua dan ketiga, KL Wildcats mula menunjukkan taring apabila bangkit untuk merapatkan jurang mata.

johor jewels juara liga super bola jaring sooka!

Kekuatan Johor Jewels nampaknya sukar ditandingi apabila mereka terus beri asakan kepada KL Wildcats pada suku masa terakhir.

.

Sebaik wisel penamat dibunyikan, Johor Jewels mengesahkan kejuaraan ke atas KL Wildcats, 50 berbalas 40.

.

Tempat ketiga jadi milik Selangor Angels selepas kalahkan Pahang Tulips 69 berbalas 66.

.

Perlawanan malam tadi turut menyaksikan beberapa pemain terima anugerah, antaranya :  

  • Pemain muda Terbaik -- S. Pavitrah (KL Wildcats)
  • Pertahanan Terbaik -- Gayani Samanthika (Johor Jewels)
  • Penyerang Terbaik -- Fariha Razak (Johor Jewels)
  • Penjaring Terbaik -- Maisarah Affandi (Pahang Tulips)
  • emain Paling Bernilai -- Nordiyanah Noor Sabadinee (KL Wildcats)

.

Tahniah semua pemenang!

.

Oleh Izzati Amir