Jebat Persoal Kenapa Sharnaaz Dan Nabila Tidak Tinggal Bersama

Pertanyaan spontan anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden mengejutkan bapanya sendiri apabila dia mempersoalkan mengenai situasi ibu bapanya yang tidak lagi sebumbung.

“Kenapa rumah mommy tiada baba? Mengapa tidak tinggal bersama?”

Menerusi sebuah video yang dikongsi Sharnaaz, dia pada mulanya tidak mahu menjelaskan situasi sebenar mengenai rumah tangganya kerana takut anaknya itu tidak akan faham. 

 

 

Namun, Jebat tetap berkeras meminta jawapan daripadanya walaupun Jebat baru sahaja berusia tujuh tahun.

“Sebab mommy dan baba sudah berpisah. Disebabkan itu mommy kahwin lain sebelum ini.

“Tapi baba tidak kahwin lain. Ada teman wanita sahaja. Sebab takut nak kahwin.

“Tunggulah baby (Jebat Jayden) besar sikit nanti barulah baba kahwin semula,” jawabnya kepada Jebat.

Sumber: Kosmo