Harith Iskander Jawab Dakwaan Curang Dengan Pempengaruh

Pelawak Harith Iskander menjawab dakwaan kehadiran orang ketika yang dikatakan punca penceraian dengan bekas isteri, Dr. Jezamine Lim.

“Ikhlas cakap, saya tidak baca apa-apa cerita netizen semua,” katanya. 

Menurutnya, dakwaan mengenai hubungannya bersama pempengaruh media sosial, Nadira Isaac itu hanya diketahui selepas dimaklumkan bekas isteri, Jazemine.

Harith berpendapat berita sebegini adalah usaha pihak tidak bertanggungjawab untuk menarik perhatian yang sengaja diada-adakan. 

“Bagi saya perkara ini hanya ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan perhatian.

“Perkara ini sudah biasa, kadangkala akan panas sekejap kemudian itu akan perlahan-lahan diam,” katanya. 

Sumber: Kosmo