Sabronzo yang juga ahli kumpulan Dolla menepis dakwaan kononnya dia mempunyai hubungan istimewa dengan seorang ahli politik berstatus suami orang.
Menurutnya, rakaman video yang tular itu adalah satu fitnah dan dia sama sekali tidak pernah mengenali atau mendekati mana-mana individu bergelar ahli politik di negara ini.
“Maaf saya tak kenal siapa individu dimaksudkan. Saya pun tak tengok video tersebut.
“Itu bukan saya dan memang tidak ada hubungan dengan mana-mana ahli politik Malaysia. Yakin 100 peratus itu bukan saya,” katanya.
Dalam pada itu, Sabronzo berpendapat mungkin orang ramai mengaitkan dirinya mungkin disebabkan gaya wanita dalam rakaman tersebut adalah sepertinya.
“Saya tidak tahu nak respons apa. Mungkin orang kaitkan sebab perempuan dalam video itu seperti saya, sama gaya.
“Tapi memang bukan saya. Lagipun internet sekarang kreatif,” ujarnya.
Sumber: Kosmo