Sebelum ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14) yang lalu, pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha kecoh dihentam netizen kerana dilihat tidak keluar mengundi. Kedua Hairul dan Hanis mengaku yang mereka tidak keluar mengundi kerana terikat dengan komitmen kerja pada masa itu.

Mereka turut meminta maaf di atas hal itu dan memberitahu yang jadual pengambaran filem dan iklan pada waktu itu telah menyulitkan masa mereka untuk pergi mengundi.
Jadi untuk PRU15 yang telah dijalankan hari ini, ramai netizen yang menunggu pasangan ini untuk berkongsi gambar mereka menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk keluar mengundi.
Untuk menjawab tekaan netizen, Hairul dan Hanis telah berkongsi gambar mereka berdua dan sebuah video yang menunjukkan mereka baru sahaja selesai membuang undi.
Hairul dan Hanis juga dilihat menunjukkan bukti jari dicelup dakwat sebagai tanda mereka hadir mengundi pada hari ini.
Rata-rata komen netizen mengucapkan tahniah kepada mereka kerana telah menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan baik.
Sumber: Instagram @HanisZalikha