Kini Bekerja Sebagai Penghantar Barang, Hafidz Roshdi Sedih Orang Pandang Hina

Pernah terpalit dalam kontroversi rumah tangga serta tidak menerima mana-mana peluang untuk berlakon, pelakon Hafidz Roshdi berkongsi sudah mempunyai pekerjaan baharu iaitu sebagai penghantar barang.

Menurut Hafidz, dia gembira kerana dapat terus mencari rezeki yang halal buat keluarga walaupun ada segelintir orang yang memandang hina pekerjaanya itu. 

“Saya gembira sahaja kerja dengan Lalamove tetapi saya terbaca ada pihak yang menghina kerja saya ini,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram Story.

Menerusi hantaran yang sama, Hafidz turut memohon agar orang ramai mendoakan untuk dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus dapat bekerja demi mencari rezeki buat keluarga. 

“Apa pun doakan saya terus sihat untuk dapat berkhidmat demi pendapatan yang halal dan nafkah anak-anak,” tambahnya.

Sumber: Kosmo