‘Ya Allah Lindungilah Orang-Orang Yang Saya Sayang’ - Eyka Farhana Doakan Akhyar Rashid

Pelakon Eyka Farhana akui terkesan dengan kes samun yang membabitkan pemain bola Akhyar Rashid serta memohon doa agar orang yang disayanginya itu sentiasa di dalam lindungan Allah. 

“Ya Allah, lindungilah orang-orang yang saya sayang. Semoga Allah lindungi kita daripada segala jenis musibah,” tulisnya dalam hantaran Instagram.

Walaupun tidak memperincikan apa status hubungannya dengan Akhyar namun Eyka berkongsi hantaran tersebut sebagai tanda prihatin. 

Ini susulan kejadian samun yang menimpa tonggak Harimau Malaya itu apabila cedera di bahagian kepala kerana dipukul oleh  individu tidak dikenali, minggu lalu.

Akhyar dipercayai mengalami kerugian lebih RM4,800 selain dipukul menggunakan senjata besi boleh laras serta menerima enam jahitan.

Sumber: Kosmo