Pelakon Erysha Emyra berharap agar diberikan peluang untuk menjadi aktres versatil dan diberikan watak antagonis.
“Saya selalu dapat watak perempuan Melayu terakhir, kalau boleh mahu buktikan mampu jadi pelakon versatil walaupun bertudung namun masih meletakkan limitasi.
“Memang berharap untuk cuba watak lain pada masa akan datang seperti karakter antagonis. Setakat ini tiada lagi tawaran sebegitu.
“Dalam realiti pun, bukan semua wanita itu bertudung baik. Jadi, saya nak buat orang terkejut dengan karakter jahat tetapi berhijab,” katanya.
Dalam pada itu, Emyra juga turut berharap agar dia berpeluang untuk berlakon dalam genre aksi.
Sumber: Kosmo