“Saya Tak Sepatutnya Masuk Campur” - Emma Maembong Tampil Minta Maaf Atas Isu Rumah Tangga Aliff Aziz

Tampil memberi keterangan, pelakon Emma Maembong akui telah membuat kesilapan kerana terkait dalam isu  rumah tangga Bella Astillah.

Emma membuat permohonan maaf dan turut menegaskan dia tidak berniat untuk menyibuk dalam isu rumah tangga Bella namun tujuannya menghubungi Ruhainies adalah untuk mendapatkan kepastian mengenai khabar angin yang tersebar dalam kalangan kru belakang tabir.

 

 

“Saya minta maaf. Tidak sepatutnya saya ambil tahu atau masuk campur urusan rumah tangga orang lain.

“Betul saya ada berbual dengan Ruhainies mengenai cerita yang saya dengar tentang Bella. Antara Ruhainies dan Bella, saya lebih rapat dengan Ruhainies kerana kami sering berkongsi masalah bersama.

“Jadi, apabila ada orang bercerita pasal Bella, saya pun terus ‘voice note’ Ruhainies dan bertanyakan tentang khabar angin itu,” katanya dalam sebuah video.

Dalam pada itu, Emma juga menegaskan yang dia tidak menfitnah atau mengutuk serta menyebelahi mana-mana pihak. 

Sumber: kosmo