Dr Say Panggil Polis Untuk Serbu, Kantoi Ada Dua Lelaki Dalam Bilik Pembantu Rumah

Doktor selebriti terkenal, Dr Say berkongsi kisah insiden pembantu rumahnya yang membawa masuk dua lelaki ke dalam rumah tanpa pengetahuannya.

Menurutnya, dia akui kecewa selepas mengetahui  dua lelaki itu dijumpai berada di atas katil sambil menyorok dalam kain selimut di bilik pembantu rumahnya.

“Bila pintu dibuka nampak baby saya tengah tidur dalam rocker ditengah-tengah antara dua katil maid saya dan nampak dua kelibat lelaki sorok dalam selimut atas katil.

“Polis suruh saya ambil baby dan polis ‘ajar’ dua lelaki tersebut. Memandangkan mereka masuk atas jemputan maid dan bukan pecah masuk, tak boleh nak tangkap dua lelaki itu.

 

 

“Polis bagi saya setel sendiri dengan maid dan memang saya marah maid saya... saya kecewa dengan mereka.

“Saya layan mereka seperti manusia tapi layanan binatang mereka bagi dekat anak-anak saya. Dedahkan anak-anak saya dengan orang tak dikenali.

“What if anak saya menangis masa mereka tengah buat 'projek' tu? Mahu dicederakan atau dibunuh anak saya tu,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Say sudah mengambil tindakan ke atas kedua-dua pembantu rumahnya dan dipulangkan kembali kepada agensi mereka. 

Sumber: Kosmo