Viral di Twitter baru-baru ini, seorang lelaki membuat iklan untuk mencari jodoh untuk dirinya. Yang lebih menarik perhatian, lelaki ini menyertakan beberapa kriteria yang dia mahu menjadikan bakal teman wanitanya.
Menerusi perkongsiannya di akaun Twitter miliknya, dia dilihat mencari pasangan yang memiliki keputusan Malaysian University English Test (MUET) dengan nilai lebih daripada band 4.
Selain daripada MUET band 4, bakal teman wanitanya itu perlu mempunyai Ijazah Sarjana Muda, tubuh badan yang sihat dan berfikiran terbuka.
Daripada perkongsian itu, dia telah menarik perhatian ramai orang terutamanya pengguna Twitter dan rata-rata netizen merasa lelaki ini terlalu memilih dalam pencarian teman wanita.
Sumber: Twitter