Caj Untuk Beg Plastik Di Pulau Pinang Akan Dinaikkan Ke RM1

caj untuk beg plastik di pulau pinang akan dinaikkan ke rm1

Umum mengetahui, kempen tanpa beg plastik telahpun berkuatkuasa untuk tempoh yang agak lama.

Banyak premis tidak lagi menyediakan beg plastik.

Caj untuk beg plastik juga dikenakan sebanyak 20 sen. Pun begitu, kesedaran tentang kempen tanpa beg plastik ini masih rendah walaupun pengguna terpaksa membayar untuk mendapatkan beg plastik tersebut.

Susulan itu, Pulau Pinang akan menaikkan caj beg plastik daripada 20 sen ke RM1 sehelai pada tahun 2023.

Menurut laporan The Star, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekita Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah pun meluluskan cadangan tersebut.

Ujarnya lagi, pihaknya akan menyusulkan rancangan berkenaan selepas tiada penggunaan beg plastik bermula pada tahun 2021.