Ibu Bapa Merayau Lepas Hantar Anak Balik Asrama Boleh Kena Tindakan

Peringatan buat ibu bapa dan penjaga yang merayau selepas menghantar anak pulang ke sekolah asrama di daerah atau negeri lain kerana mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang.

ibu bapa merayau lepas hantar anak balik asrama boleh kena tindakan
 
Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, polis akan mengenal pasti kesalahan itu dari tarikh surat kemasukan anak mereka ke sekolah asrama.

ibu bapa merayau lepas hantar anak balik asrama boleh kena tindakan
 
"Kalau ditahan oleh pihak polis, mereka perlu bertanggungjawab dengan tindakan mereka, untuk membawa anak lebih dari satu orang memang kita sudah benarkan, dari segi pergerakan tidak lagi dua orang tetapi mengikut kapasiti kenderaan.
"Tetapi kalau mereka pergi katakan dalam surat tersebut katakan 10 haribulan, tentu sahaja paling lewat mereka balik 11 atau 12, kalau masih lagi sampai 13 atau 14, 15, tentu sahaja mereka bercuti.
"Jadi kalau ditahan oleh polis dan surat tersebut menunjukkan mereka tidak perlu lama berada di satu tempat itu, saya yakin mereka akan diambil tindakan oleh pihak polis," katanya.

 
Terdahulu, kerajaan membenarkan ibu dan bapa untuk menghantar anak mereka pulang ke asrama dengan hanya mengemukakan surat yang dikeluarkan sekolah kepada anggota polis semasa melalui sekatan jalan raya bagi tujuan merentas negeri atau daerah.

 
Malah ibu bapa juga tidak perlu memohon surat kebenaran polis untuk tujuan berkenaan.


 
Sumber: Astro Awani